BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 23 Ogos 2009

MeNiLai TaHaP PuaSa KiTa

Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin membahagikan puasa dalam tiga tingkatan iaitu:-

PUASA UMUM
Puasa umum adalah puasa yang hanya menahan perut (dari makan dan minum) dan kemaluan dari memperturutkan syahwat.Rasullullah SAW bersabda,` beberapa banyak orang yang berpuasa namun tidak didapatkan dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga’

Imam Al-Ghazali berkata “Ramai orang yang berpuasa,namun ia tidak mendapatkan dari puasanya itu selain lapar dan dahaga kerana hakikat puasa itu itu adalah menahan nafsu.Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.Boleh jadi orang tersebut memandang yang haram,mengumpat dan berbohong.Maka yang demikian itu membatalkan hakikat puasa”

Para Ulama berkata,“Ramai orang yang berpuasa padahal ia berbuka (tidak berpuasa) dan ramai orang yang berbuka padahal ia berpuasa.”Yang dimaksudkan dengan orang yang berbuka tetapi berpuasa ialah menjaga anggota tubuhnya dari perbuatan dosa sementara ia tetap makan dan minum.Sedangkan yang dimaksudkan dengan berpuasa tapi berbuka ialah yang melaparkan perutnya sementara anggota tubuh yang lain tidak turut berpuasa.”


PUASA KHUSUS
Puasa khusus adalah tingkat puasa orang-orang soleh,yang selain menahan perut dan kemaluan juga menahan semua anggota badan dari berbagai dosa.


PUASA KHUSUSUL-KHUSUS
Puasa khususul-khusus adalah puasa hati dari berbagai keinginan yang rendah dan fikiran-fikiran yang tidak berfaedah,juga menjaga hati supaya mengingati Allah SWT secara total.Puasa ini dalah menjadi batal kerana fikiran selain Allah(fikiran tentang dunia).Tingkatan puasa ini adalah puasa para Nabi dan Rasul Allah SWT….Justeru,bagaimana dengan kualiti puasa kita???

0 comments: